Sabtu, 1 Mac 2014
Kalau boleh sebagai ibu kita perlu beri susu badan kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi kita. Saya kongsikan doa yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu badan.. insyallah. Saya pun masih menyusu anak walaupun bukan sepenuhnya lagi kerana tempat kerja sekarang lebih baik daripada dulu. Harap para ibu tidak berputus asa. Dulu saya pun bermasalah hendak bagi susu perah sebab saya sudah mula berkerja selepas 3 bulan bercuti. Saya hampir berputus asa tetapi betullah kata Allah s.w.t akan membuka pintu jalan mengatasi masalah. Sekurang kirang lapang fikiran dan dada ketika menyusu anak. Ibu Ibu jangan tertekan kerana tidak bagus dan tidak mampu mengeluarkan susu sebanyak yang mungkin. Sama sama kita menyokong ya para ibu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan