Khamis, 22 Mei 2014

CADAR PATCHWORK PRINTED 100% COTTON

1 SET MENGANDUNGI BAG beserta;
■1 CADAR QUILTED DAN 2 SARUNG BANTAL BERZIP YANG BERUKURAN 230CM X 250CM
■BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TILAM  SAIZ KING/QUEEN (queen paling cantik, labuh ke bawah)
■JUGA BOLEH DIJADIKAN COMFORTER

KELEBIHANNYA IALAH
- HARGA SUNGGUH JIMAT
- AMAT BERKUALITI TINGGI
- JAHITAN YANG HALUS
- TIDAK LUNTUR WARNA DAN TIDAK KECUT
- KAIN SEJUK DAN TIDAK BERKEDUT
- YANG PALING BEST TIDAK MUDAH BERGERAK BILA DIHAMPAR DI ATAS KATIL
- SERTA BOLEH DICUCI MENGGUNAKAN WASHER MACHINE
- CADAR MELEKAP / TIDAK RENYUK / STATIK / KEMAS

Tak perlu susah payah nak menonggeng2 kemas katil
Menjimatkan masa, cuma susun bantal je

Tak stress kalau anak suka main atas katil, sebab x bersepah pun
Suami dan anak2 akan jadi rajin utk kemas katil

“Bedsheet ni sesuai untuk mereka yg ‘SUKA CADAR CEKANG’ (TEGANG) tp tiada masa nak tarik cadar selalu”

Berminat hubungi saya di Whatsapp/ Pm/ SMS/ 012-2223411@email azahhani@gmail.com

Add sy kt facebook..taip hani.atiqah dan akan muncul Noorazah Hani Atiqah.....utk dptkn brgn lain...rajin rajin cuci mata dan belilah barang sy sekiranya berminat....lgpn mana tahu dpt rzk yg xsangka...


Posted via Blogaway

Selasa, 29 April 2014



Kelebihan & kebaikan bengkung moden untuk bersalin pembedahan

1. Direka khas untuk ibu-ibu yang bersalin cesarean. Boleh mula di pakai seawal 6 jam selepas cesarean

2. Boleh dipakai selama 24 jam siang & malam sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin cesarean

3. Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin

4. Kain bengkung menyerap peluh dan boleh dipakai menutupi luka cesarean bagi melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka

5. Selesa dipakai kerana kainnya lembut di bahagian dalam

6. Kain bengkung moden yang tidak tebal membolehkan bengkung dipakai bukan saja sewaktu dalam tempoh berpantang tetapi juga sewaktu bekerja

7.  Mudah dipakai – Velcro strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan “Velcro Strap” melekat di mana-mana bahagian luar bengkung

8. Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran

9. Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran

10.  Bengkung Moden ini dibuat dari latex free material.Oleh itu ia selesa dipakai, tidak menyebabkan kegatalan, menyerap peluh, tidak panas, lembut pada kulit dan tidak tebal. Ia juga merupakan yang pertama didunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai

11. Size bengkung yang lebar (bagi bengkung 4 panel) bukan sahaja membantu mengempiskan perut tetapi juga mengecilkan bahagian pinggul yang telah mengembang sewaktu mengandung

12. Boleh dibasuh dengan tangan atau dengan mesin basuh

13. Boleh juga dipakai bagi ibu yang bersalin normal

Rabu, 16 April 2014

Banyak betul aku lalui. Bila kita sudah bekerja dan berkahwin terlalu banyak ranjau duri. Kita kenal kawan kita kenal lawan. Tapi itu leh susah nak cakap
mudah-mudahan aku boleh lupakan apa yang berlaku. Life still go on. Aku pun dah ada suami dan anak. Rezeki pun makin baik
dan hidup pun tambah ceria walaupun ada masa masalah juga. Tapi aku harap itu bukan alasan untuk aku alpa dan kecewa yang berlebihan.
Banyak benda dalam dunia ini aku belum teroka.Kalau boleh mahu kuasai ilmu dunia dan akhirat sebanyak mungkin. Insha Allah.Aku sekarang
bekerja di bidang akaun.Mulakan yang pertama dan seterusnya.Bila berumur 31 tahun ini, rasa macam sayang kurang ilmu didada.Jadi YAKIN BOLEH. hehehe

Ahad, 23 Mac 2014

Jangan berputus asa. Isha Allah mudah mudahan berkat kesabaran dan tidak berputus asa kita semua dapat meraikan Kejayaan di samping keselamatan di dunia mahupun akhirat.AMIN
Insha Allah kalau rajin berusaha, berdoa dan bertawakal harap dapat nikmati hasilnya. Mohon padaNYA. Yang penting biar makin cekap dan pandai buat kerja. Mudah mudahan rezeki, peluang dan kehidupan lebih baik akan kita nikmati ya. AMIN

Rabu, 19 Mac 2014


CARA MENERAN SEMASA BERSALIN.

jom berkongsi pengalaman anda

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

kredit sentuhankasih-ibu.com

Jom ubah cara sebutan harian kita

Don't say,"OKAY" say..... "INSYAALLAH"
Don't say,"WOW" say....."SUBHANALLAH"
Don't say "GREAT" say....."MASHAALLAH
Don't say "I AM FINE" say...."ALHAMDULILLAH"
Don't say "THANKS" say....."JAZAK'ALLAH KHAIR"
Don't say "HELLO"say....."ASALAMALAKUM"

 

wah, excellent tips by wareen buffet. Harap dapat direalisasikan dan tidak berputus asa. AMIN. Masih banyak cara untuk berjaya. Insha Allah

Selasa, 18 Mac 2014

Cara praktis al Quran...insha Allah.....dorong org mana tahu boleh berjaya.AMIN
Kita ada masa kadang- kadang terlupa termasuk saya. hehehe....ok le sama-sama manfaat.insha Allah..AMIN

Isnin, 17 Mac 2014

Talk2Me English : The Present Perfect Tense - Simplified

Talk2Me English : The Present Perfect Tense - Simplified: In this blog post I have created an infographic to simplify the Present Perfect tense, my objective is to make this tense less intimidat...

Jumaat, 7 Mac 2014

Insyallah sama-sama kita ingatkan. Banyak kebaikan yang kita nampak dari facebook walaupun ada pihak yang banyak membuat kejahatan. Mudah mudahan kita sama dilindungi Allah s w t daripada sihir dan sebagai pelindung diri. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku berdoa dan bertawakal apa yang kita tidak tahu.AMIN
Khasiat al fatihah yang saya dapat daripada facebook.

Barang siapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rusak 2. Barang siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT kemudian dia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, Insyaallah Dia akan memenuhi keperluannya. 3. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka jika ia menginginkan pangkat, terkabullah permohonannya dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya dan inshallah jika punya hutang maka ia akan mampu untuk membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. 4. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjdikan baik akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, dan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai berkah, kebaikan dan kemuliaan, menjadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan, kerusakan serta dianugerahkan kebahagiaan dsbnya. 5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia akan memperoleh maksudnya dan menemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, baik urusan dunia maupun urusan akirat, agar diijabah permohonanku dan ditunaikan hajatku........amin........ 6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah SWT akan membukakan pintu rezeki baginya dan Dia akan memudahkan urusannya tanpa payah dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ya allah dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, agar Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku ya allah murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, ya allah sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikanlah apa yang kuhajati……..”

Saya dapat petua turunkan darah tinggi kat facebook. Rasa nak suruh mak makan cincau walaupun bukan tiap-tiap hari. Ini dia
 
Info dari seorang sahabat:)
cincau boleh turunkan darah tinggi;D

"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.
Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa.
Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe.
cincau
Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!!
Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.
Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini.
Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.
Selamat mencuba!! "

Rabu, 5 Mac 2014


sering kali tertekan. mungkin kerana perubahan cuaca atau berada di tempat kerja yang baru. kena belajar dari mula. tetapi tidak mengapa. harap ilmu, pengetahuan dan kemahiran bertambah.dapat peluang dan rezeki lebih baik. mana tahu lebih bahagia, tenang, selamat dan berjaya. itu janjiNYA. insha Allah harap saya dapat melakukan dengan sebaik mungkin. cuma macam mana nak kawal emosi semasa menghadapi tekanan. insha Allah boleh .harapkan sokongan yang memahami dan dari MU (YA ALLAH). hambamu ini orang yang tidak sempurna mengharapkan sesuatu dari MU.AMIN

Sabtu, 1 Mac 2014


Kalau boleh sebagai ibu kita perlu beri susu badan kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi kita. Saya kongsikan doa yang boleh diamalkan oleh ibu yang menyusu badan.. insyallah. Saya pun masih menyusu anak walaupun bukan sepenuhnya lagi kerana tempat kerja sekarang lebih baik daripada dulu. Harap para ibu tidak berputus asa. Dulu saya pun bermasalah hendak bagi susu perah sebab saya sudah mula berkerja selepas 3 bulan bercuti. Saya hampir berputus asa tetapi betullah kata Allah s.w.t akan membuka pintu jalan mengatasi masalah. Sekurang kirang lapang fikiran dan dada ketika menyusu anak. Ibu Ibu jangan tertekan kerana tidak bagus dan tidak mampu mengeluarkan susu sebanyak yang mungkin. Sama sama kita menyokong ya para ibu.


Insyallah ada peluang nak jadi orang no 1 hingga 5..bangun dari kegagalan dulu...kayuh perlahan perlahan. Insyallah mohon petunjuk dariNYA.AMIN

Sabtu, 22 Februari 2014

Mahukah anda jika saya kongsikan Rahsia Diet Rasulullah SAW yang berkesan untuk memberi tenaga, meningkatkan daya tahan tubuh, menguatkan memori serta mencantikkan kulit
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun" [direkodkan di dalam Sahih Bukhari]

Madu Sunnah



Produk Madu Sunnah ini merupakan produk keluaran syarikat Natural Herbs Sdn Bhd






Sekiranya berminat. Sila dapatkan sekarang di http://bit.ly/1f8N8vp

Selasa, 18 Februari 2014

Patut pun Jepun dikenali sebagai Negara maju. Cara pemikiran dan didikan (yang baik) patut kita contohi. Insyallah
Saya ingin kongsikan kepada kawan - kawan blog dan lain- lain tentang rawatan selsema untuk bayi yang saya dapat dari facebook. Ini dia 

Rawatan selsema/kahak untuk bayi- secara semulajadi ]

Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan
 percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat 

boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy

kongsi cara2 nya:

1) buat minyak bawang putih. For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) rawatan stim: cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) tepukan percussion

Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang. Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

Hasil perkongsian seorang ibu. Semoga bermanfaat
Kita selalu rasa marah dan panas baran. Ini mungkin berbagai faktor.Antaranya tekanan, pemakanan dan sebagainya, Saya hanya berkongsi apa yang saya dapat dari facebook anugerah quran. Sama - sama mengingat kadang kadang kita ini pelupa. Harap hidup kita DiberkatiNYA. AMIN..
Sistem jualan pro amat menguntungkan. banyak peluang untuk menjana pendapatan dari rumah. Berminat untuk memilikinya sila layari http://bit.ly/1mlhwcd
Berminat untuk memiliki cd audio visual idea bisnes dari rumah. Sungguh mudah dan menguntungkan

Berminat. Sila layari http://goo.gl/1fsFui